MELAKA,(Bernama) -- Selepas membuka ladang solar pertamanya di
negeri ini, Kumpulan Melaka Bhd merancang melabur kira-kira RM20 juta untuk
membina dan mengendali ladang solar keduanya di Melaka tahun ini.
Langkah itu selaras dengan misi kumpulan itu untuk merubah Melaka Bandaraya
Bersejarah kepada bandar raya teknologi hijau menjelang 2020.
Pengurus Teknikalnya, KhairulEzuan Harun berkata, ladang solar baharu itu
dijangka mempunyai dua megawatt (MWp) solar fotovoltan (PV) meliputi 2.8
hektar.
Lembah solar itu akan menggunakan tenaga solar sebagai aktiviti alternatif
utama untuk semua sektor, merangkumi pembangunan tanah, penyelidikan, inovasi
dan pengkomersilan, katanya.
"Bagaimanapun, projek ladang solar itu juga tertakluk kepada kuota Pihak
Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) kerana ia memerlukan lebih banyak
dana," katanya kepada Bernama semasa lawatan ke Lembah Solar Dunia di Rembia, di
sini.
SEDA akan menetapkan kuota jumlah sistem tenaga solar yang boleh dipasang
setiap enam bulan.
KhairulEzuan berkata, SEDA belum lagi menyatakan bila kuota akan diumumkan,
tetapi sebaik sahaja diperoleh, kumpulan itu akan meneruskan projek berkenaan.
Aplikasi untuk solar PV diluluskan oleh SEDA yang mengawal selia semua
kemudahan tenaga boleh baharu, katanya.
Semua tenaga dihasilkan di ladang solar itu akan dijual kepada Tenaga
Nasional Bhd dan elektrik akan disalurkan terus ke grid tenaga negara.
Akhir tahun lalu, kerajaan negeri Melaka melancarkan ladang solar pertama
miliknya 5MWp PV bernilai RM46 juta.
Ladang solar yang dibina di atas tapak seluas 7.2 hektar di Taman Industri
Rembia itu adalah satu daripada lima projek utama bagi merealisasi hasrat Melaka
untuk muncul sebagai negeri dan bandar raya teknologi hijau menjelang 2020.
Taman itu dibangunkan dalam tiga fasa. Fasa pertama bagi menghasilkan 1.3MW
elektrik telah siap pada April tahun lalu, diikuti 1.22MW elektrik dalam fasa
kedua pada Mei tahun lalu dan fasa terakhir 2.48MW pada Ogos lalu.
Tenaga solar dan sumber tenaga boleh baharu menjadi agenda penting Program
Transformasi Ekonomi kerajaan untuk meningkatkan kapasiti tenaga solar negara
sehingga 1.25 gigawatt dan menjadikan negara ini hab pengeluar tenaga
solar kedua terbesar dunia menjelang 2020.
Ladang solar pertama di Melaka yang dijangka mewujudkan 45,000 pekerjaan
akan menyumbang RM118 juta kepada pendapatan negara kasar selama 21 tahun,
katanya
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) memperkenalkan inisiatif terbaharu yang memberi peluang kepada ahli koperasi menjana pendapatan sampingan menerusi projek tenaga solar. Menurut Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah, projek tenaga solar melalui sistem fotovoltik itu dapat menjana tenaga elektrik dan memberi pulangan lumayan untuk jangka panjang. "Sejurus mendapat kelulusan daripada Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia), tenaga elektrik yang dijana melalui alat yang dipasang di premis ahli itu akan dijual kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai pemegang lesen pengagihan. "Setiap kilowatt tenaga dapat dijual pada harga RM 1.20 dan ahli boleh mendapat keuntungan sehingga RM600 sebulan menerusi kontrak penjualan selama 21 tahun,"katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Koperasi Buddhisme Malaysia Berhad (Kobud) di sini hari ini.
Kopsya telah memperuntukkan dana sebanyak RM70 juta untuk membiayai pelbagai usaha termasuklah ahli koperasi yang berminat melaksanakan projek tenaga solar tersebut. "Projek pilot tenaga solar yang kita jalankan di Kobud menerusi dana RM150,000 daripada Kopsya ini telah menampakkan hasil yang begitu memberangsangkan dan setakat ini sahaja sudah ada 30 buah rumah ahli yang menunggu untuk mendapatkan kelulusan, justeru saya amat berharap lebih ramai lagi yang akan menyertai projek ini. "Kami juga sedang dalam rangka mewujudkan perkongsian pintar bersama pembekal bagi mendapatkan alatan yang berkualiti pada harga yang berpatutan dan akan berunding dengan SEDA Malaysia supaya memberikan kuota yang lebih besar kepada koperasi untuk menyertai projek yang turut dapat melindungi alam sekitar ini," ujarnya
|
PUTRAJAYA, 10 Jun (Bernama) – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETHHA) yakin baki 6.5 megawatt (MW) kuota photovolta (PV) suria dalam kategori individu akan digunakan sepenuhnya dalam enam bulan akan datang dengan pelancaran Panel Solar Plus Lengkap Untuk Rumah.
Skim itu, yang dimajukan bersama oleh Alliance Bank dan Lembaga Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), ialah pakej pembiayaan pertama seumpamanya yang disediakan oleh sebuah bank tempatan bagi individu untuk memasang system PV solar di rumah mereka.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili, berkata skim itu merupakan perkembangan penting bagi SEDA dan institusi kewangan yang ditujukan kepada pemilik rumah dalam sektor tenaga boleh baharu (RE), khususnya bagi PV Solar.
“Kementerian ini amat menyedari bahawa pembiayaan merupakan halangan terbesar, terutama bagi individu yang ingin memasang system PV di bumbung rumah mereka.
“ Saya dimaklumkan oleh SEDA Malaysia bahawa buat masa ini, kebanyakkan system PV solar yang dipasang di rumah-rumah, dan boleh mendapat manfaat daripada skim Tarif Galakn (FiT) adalah yang pembiayaannya ditanggung oleh pemilik rumah sendiri, “ katanya kepada pemberita selepas pelancaran skim itu di sini Isnin.
Sambutan bagi sektor PV solar amat menggalakkan sejak mekanisma FiT dilaksanakan pada 1 Dis, 2011.
Setakat April 2013, SEDA Malaysia telah meluluskan 1,297 permohonan dengan keseluruhan kapasiti berjumlah 448MW, dan daripada jumlah ini, 171MW adalah dari PV solar. Keseluruhan kapasiti bagi pemasangan dalam kategori individu adalah kira-kira 14 MW atau , 1,079 bumbung.
Sementara itu, SEDA berkata ia sedang berunding dengan Bank Negara untuk meminta tiga lagi bank, kebanyakannya tempatan, mengambil bahagian dalam skim ini.
|
|
KUALA LUMPUR,6 DISEMBER (Utusan Malaysia) -- Kerajaan mensasarkan sambungan grid solar yang menyalurkan tenaga boleh diperbaharui (PE) sehingga 3,000 megawatt (mW) manakala panel fotovoltik (PV) sebanyak 1.25 gigawatt (gW) menjelang 2020.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, sasaran tersebut merujuk pada potensi pertumbuhan dan faedah kepada ekonomi negara yang masing-masing direncanakan di bawah pelan tindakan dan polisi PE serta Program Transformasi Ekonomi Negara.
"Lokasi unik dan strategik memberi kelebihan kepada Malaysia berbanding negara lain. Penggunaan tenaga solar selain boleh mengurangkan bahan api fosil yang diguna pakai sebelum ini, mampu menjana pendapatan negara sehingga RM1.5 bilion pada 2020.
"Kerjasama daripada pelbagai agensi adalah penting dalam memastikan pengukuhan industri ini, malah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berperanan menarik minat syarikat solar antarabangsa serta membawa pelabur luar ke negara ini," katanya.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Loo Took Gee ketika hadir merasmikan Simposium Solar Jerman 2011 yang turut dihadiri Pengurus Besar Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia-Jerman (MGCC), Thomas Brandt di Hotel Renaissance di sini hari ini.
Menurut Fah Kui, Malaysia merupakan negara pengeluar PV ketiga terbanyak menerusi modul dan sel solar selepas Jerman dan China.
Oleh yang demikian, katanya, negara mempunyai peluang dalam menempatkan diri sebagai pengeluar PV solar utama global pada masa akan datang.
"Dengan memperkukuhkan industri solar PV sebagai sumber pertumbuhan, Malaysia boleh membawa kekuatan dan peluang yang ada kini menjadi hab serantau dan mencipta perkongsian dalam pengeluaran PV di peringkat global," katanya
|
Tahukah anda di Malaysia penjanaan tenaga menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui sedang giat dilaksanakan? Untuk makluman anda terdapat beberapa buah penjana tenaga hijau yang berkapasati besar telah dibangunkan oleh syarikat-syarikat swasta.Antara lokasi-lokasi penjana solar berkapasiti besar terletak di Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Terengganu. Tahukan anda untuk penjana solar berkapasiti 8 MWp yang dibina dinegara ini jumlah pendapatan yang diperoleh adalah sebanyak RM 1.3 juta sebulan.
Gambar menunjukkan penjana solar berkapasiti besar telah siap dibina di Malaysia dan telah beroperasi sepenuhnya. Selepas ini KLIA adalah destinasi pembinaan solar diatas bumbung terbesar didunia.Projek ini dijangka siap pada bulan September.
Seperti kita sedia maklum, kita patut bersyukur kerana negara kita di kurniakan dengan cahaya matahari yang cukup untuk memberikan kesuburan tumbuhan.Tetapi adakah anda tahu bahawa tenaga matahari yang sedia ada yang kita nikmati sekarang boleh dijadikan sumber pendapatan baru dan dalam masa yang sama kita diantara manusia yang dapat menyelamatkan dunia ini daripada kesan rumah hijau? Di Malaysia secara umumnya kerajaan telah menubuhkan sebuah badan khas didalam kerajaan untuk mewujudkan penggunaan tenaga hijau dikalangan rakyat Malaysia.Badan khas tersebut dikenali sebagai SEDA (Sustainable Energy Development Authority Malaysia) http://seda.gov.my/. Badan ini akan memantau secara keseluruhannya penggunaan tenaga hijau di Malaysia. Badan ini juga akan mengeluarkan kuota FiT kepada rakyat Malaysia. Ini bermakna anda sebagai rakyat Malaysia berpeluang untuk mendapatkan kuota FiT dan dalam masa yang sama anda juga berpeluang menjadi penjana tenaga hijau dan seterusnya anda boleh berpeluang mendapat pendapatan sebagai penjual tenaga selama 21 tahun dengan harga yang tinggi.
|
Gambar menunjukkan penguna domestic (individu) memasang system solar ON GRID yang boleh menjana pendapatan melalui penjualan tenaga elektrik kepada pihak TNB |
Secara keseluruhannya jika seseorang individu ingin menjadi diantara pemegang kuota FiT dan ingin menjadi penjana tenaga hijau, mereka perlu melakukan beberapa perkara: PertamaSeseorang individu perlulah terlebih dahulu memohon kuota FiT daripada pihak SEDA. Permohonan hanya boleh dibuat melalui internet.Kebiasaannya pihak perunding atau kontraktor Solar akan membuat permohonan tersebut. Pemohon akan diberi sijil FiT jika permohonan mereka berjaya. Jangka masa permohonan selama 2 minggu.
Sijil FiT yang dikeluarkan oleh SEDA
Kedua
Setelah anda berjaya mendapat sijil FiT, anda perlulah membuat 1 perjanjian penjualan tenaga diantara TNB dan individu tersebut (REPPA).Ini bermakna anda akan menjual tenaga kepada pihak TNB dengan harga yang tinggi iaitu 1kwj RM1.37.Untuk makluman anda pihak TNB hanya menjual tenaga kepada pengguna domestic dengan harga diantara RM0.18 hingga RM 0.35 untuk setiap 1kwj.Ini bermakna jika anda memasang system solar di rumah anda dengan kapasiti 10kwj anda akan berpeluang menjana pendapatan sebanyak RM164.40 untuk 1 hari. Untuk tiap-tiap bulan anda akan memperolehi RM4932.Itulah anggaran pendapatan anda jika anda menjadi penjana tenaga hijau.
Ketiga
Selepas FiT dan REPPA telah ditandatangan pihak kontraktor akan menjalankan kerja-kerja pemasangan solar dirumah anda.Untuk makluman kebiasaannya pihak kontraktor mengambil masa selama 4 hari untuk menyiapkan pemasangan system solar tersebut.
KeempatSetelah semua proses tersebut siap, pihak SEDA akan menjalankan pemeriksaan di premis kediaman anda untuk memastikan semua pepasangan didalam keadaan selamat. Setelah itu anda akan menikmati pendapatan setiap bulan selama 21 tahun.Pendapatan anda ini tidak akan putus selagi wujudnya cahaya matahari didunia ini.Inilah kelebihan Malaysia yang penuh dengan cahaya matahari dalam masa yang sama akan memberikan kita pendapatan jika kita pandai mengambil peluang yang diberikan. Untuk makluman di Malaysia terdapat beberapa Solar Farm yang berkapasati besar yang telah diusahakan oleh syarikat-syarikat berhad.Keuntungan daripada penjualan tenaga ini boleh mencecah jutaan ringgit bergantung kepada kapasati penjana yang dibangunkan. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan kami: Saiful Nizam H/P: 0197749684 Email:ipultnb@gmail.com SE Solar Power Trading
projek taman solar terbesar di wilayah utara semenanjung di Kampung Wai, Kuala Perlis. Projek merupakan sistem pertanian moden berintegrasikan tenaga solar, AIPV melibatkan penggabungan dua sumber hasil ekonomi iaitu penjanaan hasil tenaga hijau dan hasil pertanian moden rumah hijau yang mesra alam.
Feed in Tariff (FIT) telah diperkenalkan pada tahun 2011 dan merupakan langkah yang signifikan bagi Negara Malaysia dalam menuju era penggunaan Tenaga Hijau dan mampan. FIT merupakan suatu kelegaan apabila dibandingkan dengan peningkatan kadar harga tenaga elektrik sedia ada. Kebanyakan premis perumahan dengan sistem 12kW mampu menjana pendapatan sebanyak 2.5 kali lebih tinggi bagi setiap kW yang dibayar dalam bil-bil elektrik.
Bagaimanakan Ia Menjadi Kenyataan?
SEDA bersama-sama dengan Kerajaan Malaysia telah membangunkan suatu mekanisme yang mengenakan levi tenaga sebanyak 1% terhadap semua premis perumahan yang merekodkan perbelanjaan melebihi RM 75 pada bil elektrik masing-masing. Hasil pungutan levi ini digunakan untuk membayar premis perumahan yang mempunyai Perjanjian Perkongsian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (REPPA) dengan TNB. Levi ini akan meningkat dengan kadar 2% pada masa yang akan datang.
Berapa Banyak Pendapatan Yang Boleh Diperoleh Daripada FIT?
Jumlah pendapatan yang boleh dijana akan berubah dari tahun ke tahun kerana SEDA telah menetapkan suatu Kadar Penurunan ke atas FIT. Pada tahun ini, para pemilik premis perumahan dapat menikmati purata sebanyak RM 1.16 bagi setiap kW jam selama 21 tahun, yang mana pihak TNB mengenakan cas sebanyak RM 0.50 bagi kuantiti yang sama. Sebuah sistem 4kW boleh memberikan pulangan sebanyak RM 107,000 sepanjang tempoh kontrak 21 tahun bersama TNB. Kos modal bagi sistem sebegini hanya berjumlah RM 38,000.00. Secara amnya , anda dapat menikmati pulangan sebanyak 13% - 14% setahun.
• Sila layari www.seda.gov.my bagi mendapatkan kadar FIT yang terkini.
Siapa Yang Boleh Memohon Untuk FIT?
Sesiapa sahaja yang memiliki sebuah premis perumahan ataupun komersial boleh memohon untuk FIT. Walaupun FIT tidak dapat dipohon oleh pemegang hakmilik starta, mereka masih boleh menggunakan Sistem Off Grid bagi menggantikan sumber tenaga elektrik mereka. NuSolar kini dapat membekalkan teknologi terkini penstoran tenaga di dalam bateri bagi membantu pemilik hakmilik strata untuk memiliki sistem solar.
Bagaimanakah Saya Boleh Memohon Untuk FIT?
Sesiapa sahaja boleh memohon FIT melalui laman web SEDA. Terdapat beberapa perkara yang perlu diisi dalam permohonan ini dan kesemua maklumat boleh didapati daripada SEDA. Pihak SEDA hanya akan meluluskan suatu sistem yang disahkan oleh seorang Jurutera Elektrik yang bertauliah dan pereka bentuk sistem Solar PV. Syarikat sistem perkhidmatan seperti NuSolar akan melaksanakan kesemua kerja-kerja rumit ini secara percuma setelah anda membeli sistem Solar PV dari kami.
FIT Rates for Solar PV (21 years from FIT Commencement Date)
Keterangan Mengenai Kelayakan Pemasangan Tenaga Boleh Dibaharui | Kadar FiT (RM per kWj) |
(A) Kadar Asas FIT dengan Kapasiti Pemasangan : | 2014 | 2015 |
(i) Sebanyak dan termasuk 4kW | 1.0184 | 0.9166 |
(ii) Melebihi 4kW sehingga dan termasuk 24kW | 0.9936 | 0.8942 |
(iii) Melebihi 24kW sehingga dan termasuk 72kW | | 0.7222 |
(B) Syarat bagi Mendapatkan Kadar Bonus FIT : | 2014 | 2015 |
(i) Digunakan dalam pemasangan bangunan atau struktur bangunan | +0.2153 | +0.1722 |
(ii) Digunakan sebagai bahan binaan | +0.2070 | +0.1656 |
(iii) Menggunakan modul-modul Solar PV yang diperbuat atau dipasang di dalam negara | +0.0500 | +0.0500 |
(iv) Menggunakan inverter solar yang diperbuat atau dipasang di dalam negara | +0.0500 | +0.0500 |
IMEON 3.6 Smart Grid Inverter
Dengan kenaikan kos tenaga dan penurunan tarif FiT, kita seharusnya mengoptimumkan kegunaan tenaga yang dijana sendiri untuk kegunaan seharian. Sistem ini mampu menyimpan tenaga solar yang berlebihan dan digunakan pada waktu yang diperlukan.
IMEON 3.6 Smart Grid Inverter merupakan penyelesaian terbaik bagi masalah ini. Ia menggunakan kuasa solar dengan menyimpan kapasiti yang tidak digunakan. Kuasa solar yang disimpan tersebut hanya akan digunakan apabila diperlukan. Gunakan tenaga solar atau simpan dalam grid inverter.
IMEON 9.12 Smart Grid Inverter
IMEON 9.12 menguruskan pelbagai sumber tenaga (Solar, Bateri, Grid) melalui sistem mikro-pemprosesan bersepadu. IMEON 9.12 dapat mengawal penggunaan tenaga mengikut keadaan dan keperluan pengguna, seterusnya mencapai prestasi yang optimum.
IMEON 9.12 sesuai dengan semua jenis pemasangan / kegunaan sendiri dengan atau tanpa penyimpanan, sesuai dipasang di kawasan terpencil ataupun di kawasan padat. Ia boleh menjual keseluruhan pengeluaran solar atau hanya lebihan solar dan mempunyai sistem back-up bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS Back-up).
Kelebihan Fungsi Storan Solar IMEON
Sistem penyimpanan tenaga dan Smart Battery yang efisien
IMEON hanya menyimpan lebihan pengeluaran tenaga solar dan membekalkan tenaga bateri hanya jika ia diperlukan; ataupun selepas tenaga solar hampir habis digunakan.
Dengan adanya IMEON Smart Battery, IMEON 9.12 menghadkan penyimpanan tenaga solar di grid dan mengoptimumkan integrasi solar grid melalui "peak shaving". IMEON adalah selamat digunakan kerana mematuhi program simpanan Jerman "KfW Speicherförderungsprogramm 275".
Semua-Dalam-Satu
Fungsi Storan Solar IMEON cekap dalam mengeksploitasi tenaga solar.
Kadar Efisiensi Yang Tinggi
IMEON dapat mengurangkan kos tenaga solar kWh sebanyak 30% berbanding dengan (Off-Grid) sistem tradisional dengan meminimumkan penggunaan penyimpanan tenaga. IMEON memberi keutamaan kepada penggunaan tenaga solar terus dari sumber matahari, dan hanya menyimpan lebihan pengeluaran solar.
Smart Monitoring
Penggunaan Fungsi Storan Solar IMEON dapat dipantau dengan mudah melalui aplikasi Android IMEON WEBCARD ataupun IMEON MANAGER. Aplikasi-aplikasi ini dapat dimuat-turun secara percuma melalui Google Play.
Teori Pelaksanaan
Tenaga yang dijanakan akan disalurkan kepada peralatan elektrik terlebih dahulu, dan selebihnya disimpan di dalam bateri. Apabila bateri penuh, tenaga elektrik akan disalurkan kepada grid.
|
No comments:
Post a Comment