Fungsi dan Objektif
Fungsi
Objektif
- Membangun dan mengkaji semula Dasar Teknologi Hijau yang menjamin pembangunan mapan bagi meningkatkan kualiti hidup dan memelihara sumber asli serta alam sekitar;
- Menjadi urusetia kepada Majlis Teknologi Hijau Negara dan penyelaras Jawatankuasa-jawatankuasa di bawahnya;
- Mewujudkan kerangka perundangan dan peraturan-peraturan yang membantu dalam pembangunan dan penerapan dalam Teknologi Hijau; dan
- Merancang, melaksanakan dan memantau produk, sistem dan perkhidmatan Teknologi Hijau yang inovatif bagi memacu ekonomi Negara.
Objektif
- Mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi;
- Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi Negara;
- Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan teknologi hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persada antarabangsa;
- Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan
- Untuk memerhatikan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.
Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan
Definisi Teknologi Hijau
Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Kriteria Teknologi Hijau
Kriteria Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
ii. Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11)
iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan tempoh seterusnya)
Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
Kriteria Teknologi Hijau
Kriteria Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:
- Ia meminimumkan degradasi kualiti persekitaran;
- Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar;
- Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
- Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
- Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Objektif Dasar Teknologi Hijau Negara
- Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi;
- Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;
- Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persada antarabangsa;
- Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan
- Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.
Tonggak Dasar Teknologi Hijau Negara
- Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga
- Alam Sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
- Ekonomi - Meningkat pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan
- Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.
Matlamat Kebangsaan Dasar Teknologi Hijau Negara
Matlamat Kebangsaan mengenai Dasar Teknologi Hijau adalah untuk menyediakan hala tuju dan motivasi untuk rakyat Malaysia terus menikmati kualiti kehidupan yang baik dan persekitaran yang sihat.
i. Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10)
- Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan dan komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau;
- Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk, aplikasi, peralatan dan sistem di pasaran tempatan melalui piawaian, perkadaran, pelabelan;
- Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan Pelaburan Langsung Tempatan (Domestic Direct Investments, DDIs) yang lebih besar dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan Teknologi Hijau; dan
- Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi mengembangkan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai Teknologi Hijau ke arah pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai.
ii. Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11)
- Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatan;
- Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding dengan teknologi lain, dan menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam pasaran serantau;
- Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan;
- Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat multinasional;
- Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran global; dan
- Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.
iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan tempoh seterusnya)
- Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia;
- Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara keseluruhan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara;
- Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara;
- Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran;
- Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global; dan
- Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan dan institusi penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau.
Sektor Utama Dasar Teknologi Hijau Negara
Kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama dalam empat (4) sektor utama yang berikut:
i) Sektor Tenaga
- Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial; dan
- Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga.
ii) Sektor Bangunan
- Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan
iii) Sektor Air dan Pengurusan Sisa
- Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan
iv) Sektor Pengangkutan
- Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam.
Teras Strategik Dasar Teknologi Hijau
i) Teras Strategik 1: Mengukuhkan Kerangka Institusi
Dalam memupuk penerimaan dan pembangunan Teknologi Hijau, penyusunan institusi yang kukuh adalah kritikal untuk mempromosikan aplikasi Teknologi Hijau melalui:
- Penubuhan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri untuk menyelaraskan peringkat tinggi antara Kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan utama untuk melaksanakan Teknologi Hijau yang efektif;
- Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri;
- Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia untuk menyelaraskan dan melaksanakan usaha dan program Teknologi Hijau yang efektif;
- Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme perundangan untuk mempercepat pembangunan Teknologi Hijau, selaras dengan objektif dan matlamatnya; dan
- Peyelarasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing.
No comments:
Post a Comment