Monday, 21 December 2015

MENTERI TENAGA,

DATUK LIANG TECK MENG [ SIMPANG RENGGAM ]
article printer email
Dewan / SesiDewan Rakyat (Mesyuarat Pertama) / Januari - April
KategoriTenaga
TarikhIsnin, 23 Mac 2015
Soalan
Datuk Liang Teck Meng minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan mengenai isu tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif dan insentif yang boleh diberikan bagi menyahut langkah ini.
Jawapan
Tuan Yang Dipertua,

Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat,

1.       Kerajaan sememangnya telah mengenalpasti tenaga solar sebagai salah satu sumber tenaga alternatif yang boleh menyumbang kepada kelestarian bekalan elektrik Negara.  Bagi mengembangkan penggunaan tenaga solar ini, Kerajaan telah mewujudkan mekanisme tariff galakan atau Feed-In-Tariff (FiT) di bawah Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 (Akta 725).  Pelaksanaan FiT ini dapat menggalakkan orang ramai dan pihak swasta menjana Tenaga Boleh Baharu dan mendapat pulangan daripada pelaksanaannya.  Setakat 28 Februari 2015, sebanyak 185 MW adalah dari sumber solar PV bagi pepasangan komersil dan individu daripada jumlah keseluruhan 265MW Tenaga Boleh Baharu yang dihasilkan.

2.        Mekanisme FiT dilaksanakan bagi meningkatkan daya maju projek-projek Tenaga Boleh Baharu termasuk solar PV. Dengan adanya mekanisme ini, pihak institusi kewangan lebih selesa memberikan pinjaman kepada pemaju yang terbabit kerana terdapat jaminan dari segi pendapatan melalui Renewable Energy Power Purchase Agreement (REPPA) yang ditandatangani di antara pemaju dan pihak utiliti. Melalui pemerhatian, pemaju-pemaju Tenaga Boleh Baharu di bawah Mekanisme FiT mempunyai peluang yang tinggi bagi mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat,

3.       Kerajaan juga telah memperkenalkan Green Technology Financing Scheme (GTFS) semasa pembentangan Bajet 2010 dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM1.5 bilion dengan peruntukan tambahan sebanyak RM 2 bilion pada tahun 2013 yang merupakan skim pembiayaan khas untuk menyokong pembangunan Teknologi Hijau di Malaysia. GTFS adalah pinjaman mudah yang disokong oleh Kerajaan dimana pemaju-pemaju termasuk yang terlibat dalam Tenaga Boleh Baharu komersil adalah layak bagi mendapatkan pembiayaan ini. Di bawah skim ini, pemaju akan dapat menikmati:
a.   Subsidi faedah sebanyak 2% daripada jumlah kadar faedah yang dikenakan; dan
b.   Jaminan Kerajaan sebanyak 60% daripada jumlah pinjaman yang diluluskan.

4.       Kerajaan juga bercadang untuk melaksanakan program solar berskala utiliti iaitu pembinaan solar farm, dengan izin, dengan kapasiti 30 MW dan lebih. Program ini akan dilaksanakan oleh pihak SEDA dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga melalui bidaan terbuka bagi Semenanjung dahulu.

5.       Bagi memperluaskan kegunaan tenaga solar di Bangunan-bangunan, Kerajaan telah memberikan sejumlah peruntukan sebanyak RM 8.0 juta di bawah Bajet 2014 bagi pemasangan Sistem Solar Fotovolta (PV) Tersambung Grid di bangunan-bangunan Kerajaan terpilih. Pepasangan Sistem Solar PV bertujuan menggalakkan penggunaan tenaga hijau untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida, disamping mengurangkan bil elektrik serta memberi pendedahan mengenai penggunaan Tenaga Boleh Baharu. Di bawah program tersebut, sebanyak 25 Kementerian di Putrajaya dipasang dengan sistem solar PV dengan kapasiti di antara 12 hingga 48kW setiap satu. Pada masa ini, status projek tersebut adalah 93% siap dan dijangka akan siap sepenuhnya pada April 2015.


Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Che Hazlina Yusof
E-mel: hazlina@kettha.gov.my
Mobile: 012 – 2695759 

GreenTech Malaysia
Syuhida Silmi
E-mel: syuhida@greentechmalaysia.my
Mobile: 011-11841165


Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi: 
Muhamad Faiz Muhamad Pauzi 
Yayasan Hijau Malaysia T: 019-2046070 | E: faiz@yahijau.com 
mChe Hazlina Yusof Kementerian Tenaga, 
Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) T:012-2695759 | E: hazlina@kettha.gov.my

No comments:

Post a Comment