Sistem Solar Feed-In
Di NuSolar, kami menyediakan setiap isi rumah dan organisasi komersial di Asia Tenggara, peluang untuk menjadi Pengeluar Sumber Tenaga Boleh Dibaharui. Ianya memberi kebebasan kepada pengguna untuk memiliki dan mengawal sumber kuasa elektrik terus dari keselesaan rumah sendiri. Dengan kenaikan bil elektrik dan utiliti, orang ramai mula mencari cara untuk menjimatkan perbelanjaan. Kini adalah masa terbaik untuk penggunaan solar sistem.
Kami menyediakan panel solar yang bermutu tinggi daripada pengeluar peralatan solar yang berkualiti. Kami memastikan bahawa produk-produk yang dihasilkan ini tahan lasak serta mudah dipasang agar pengguna dapat menikmati pendapatan bulanan tambahan daripada program FiT pada harga yang berpatutan.
Solar PV:
• Ketahui lebih lanjut mengenai Panel Solar Jenis Crystalline dan Penghubung Grid Inverter-PV
• Ketahui lebih Lanjut mengenai Grid Inverter – Solar PV
• Ketahui lebih lanjut mengenai Panel Solar Jenis 'Thin Film'
• Ketahui lebih lanjut mengenai Jubin Bumbung PV
Panel Solar Jenis Crystalline
Panel Solar Jenis Crystalline dan Penghubung Grid Inverter-PV
Hasil daripada kerjasama yang dijalinkan bersama Syarikat Suntellite, iaitu pembekal utama kami, kami mampu menyediakan Panel Photovoltaic jenis Monocrystalline dan Polycrystalline yang terkini dan dijamin selamat.
Dengan adanya bangunan kilang yang baru berhampiran Bandar Huangzhou, Syarikat Suntellite sangat komited dalam pengeluaran produk-produk yang mematuhi piawaian Eropah dan Amerika Syarikat. Melalui kerjasama dengan Universiti Zhingjing di Bandar Huangzhou, ia juga memiliki sektor Penyelidikan & Pembangunan (R&D) yang besar, sehingga berupaya membangunkan teknologi tersendiri.
Panel Jenis Polycrystalline
Panel Jenis Polycrystalline daripada Suntellite mempunyai hayat kegunaan yang dijamin selama 25 tahundan diperakui sah oleh TUV. Kesemua komponen di dalam panel turut mendapat perakuan TUV termasuk gelas dan sokongan filem EVA.
Projek-Projek Dihasilkan Oleh Suntellite
Universiti Zhejiang – Projek Penjanaan Kuasa PV 300kWUntuk Bumbung Bangunan Bersepadu (BIPV)
Sistem Bumbung Solar di Dunkirk, Perancis
Inverter SolaX
Inverter solar merupakan komponen yang amat penting. Ia menukar arus terus (DC) dari panel solar photovoltaic(PV) kepada arus utiliti (AC) yang boleh disimpan di dalam penghubung PV-Grid solar. Arus ini kemudian boleh diguna-pakai oleh peralatan-peralatan elektrik sedia ada di dalam rumah.
Solar inverter kami yang berjenama SolaX direka-cipta untuk kecekapan maksimum, membolehkan penyimpanan lebih banyak tenaga solar. Inverter SolaX juga berkualiti tinggi dan tahan lama.
Inverter SolaX - Fasa Tunggal
Ciri-ciri
• Kecekapan MPPT sehingga 99.9%
• Fleksibel
• Senang diguna
• Pemasangan dan penyelenggaraan yang mudah dengan sambungan "Plug & Play"
• Kecekapan MPPT sehingga 99.9%
• Fleksibel
• Senang diguna
• Pemasangan dan penyelenggaraan yang mudah dengan sambungan "Plug & Play"
Inverter SolaX - Fasa Tunggal Dual MPPT
Ciri-ciri
• Kecekapan MPPT sehingga 99.9%
• Fleksibel
• Senang diguna
• Pemasangan dan penyelenggaraan yang mudah dengan sambungan "Plug & Play"
• Dwi MPPT dan julat voltan MPPT yang luas untuk lebih fleksibel
• Kipas pemusing yang senyap dan mudah diselenggara
• Kecekapan MPPT sehingga 99.9%
• Fleksibel
• Senang diguna
• Pemasangan dan penyelenggaraan yang mudah dengan sambungan "Plug & Play"
• Dwi MPPT dan julat voltan MPPT yang luas untuk lebih fleksibel
• Kipas pemusing yang senyap dan mudah diselenggara
Inverter SolaX - Tiga Fasa Dual MPPT
Ciri-ciri
• Kecekapan MPPT sehingga 99.9%
• Fleksibel
• Senang diguna
• Dwi MPPT dan julat voltan MPPT yang luas untuk lebih fleksibel
• Pemasangan dan penyelenggaraan yang mudah dengan sambungan "Plug & Play"
• Konfigurasi yang lebih tinggi
• Opticool: Kipas yang mempunyai pengawal suhu
• Paparan LCD graphik
• Kecekapan MPPT sehingga 99.9%
• Fleksibel
• Senang diguna
• Dwi MPPT dan julat voltan MPPT yang luas untuk lebih fleksibel
• Pemasangan dan penyelenggaraan yang mudah dengan sambungan "Plug & Play"
• Konfigurasi yang lebih tinggi
• Opticool: Kipas yang mempunyai pengawal suhu
• Paparan LCD graphik
Solar 'Thin Film' – Perumahan
Syarikat Ample Sun merupakan salah satu pengeluar utama produk Solar PV jenis 'Thin Film' dari Negara China. Melalui kerjasama dengan Ample Sun, kami dapat membekalkan teknologi Amorphous Silicon ataua-Si yang terkini. Bagi pengguna yang menginginkan produk mesra alam dan bersesuaian dengan keadaan pencahayaan rendah, 'Thin Film' PV merupakan pilihan alternatif yang lebih baik berbanding Crystalline.
Syarikat AmpleSun Solar Tech yang ditubuhkan pada tahun 2008, mempunyai rangkaian pengeluar modul solar jenis 'Thin Film' yang moden daripada ULVAC, Jepun. Ia diperbuat di dalam sebuah bilik bersih seluas 47,000 meter persegi yang terletak di Zon Eksport berhampiran dengan Bandar Shanghai. Syarikat Amplesun merupakan syarikat yang terawal dalam pengeluaran Panel Solar jenis 'Thin Film' dengan mempunyai kecekapan keberkesanan yang tinggi dalam mencapai tahap pengeluaran berskala besar. Ia juga merupakan syarikat negara China yang pertama mendapatkan perakuan pengesahan TUV Rheinlanddan membekalkan panel solar jenis 'Thin Film' berkualiti tinggi ke seluruh dunia.
Di samping itu, AmpleSun juga tersenarai di California dan Suruhanjaya Tenaga Florida sebagai pembekal. Produk-produk mereka juga diperakui oleh TUV Rheinland serta mendapat pensijilan FFC dan CE.
Panel Solar PV jenis 'Thin Film' boleh dipasang secara menegak dan digunakan dalam Bangunan Bersepadu Photovoltaics (BIPV).
Ciri - Ciri:
1. Prestasi yang cemerlang walaupun dalam keadaan Pencerahan Rendah
2. Penukaran keberkesanan kecekapan yang tinggi
3. Penutup kedap udara yang ringan dan mampu membatasi piawaian 1000 jam ujian panas – lembap
1. Prestasi yang cemerlang walaupun dalam keadaan Pencerahan Rendah
2. Penukaran keberkesanan kecekapan yang tinggi
3. Penutup kedap udara yang ringan dan mampu membatasi piawaian 1000 jam ujian panas – lembap
ASG100 – 100W Panel Tanpa-Rangka
ASG100 – 100W konfigurasi panel dwi-glass tanpa rangka yang boleh dibekal dalam warna-warna khusus
Panel Amorphous Silicon PV daripada AmpleSun
Panel Gelas Lutsinar
Dibekalkan daripada 0.05W sehingga 100W, panel-panel Gelas Lutsinar ini boleh ditempah mengikut saiz dan warna yang dikehendaki
Projek-projek oleh AmpleSun
Projek BIPV 300kW di Singapura
Projek 100kW di Macau
Sistem Pemasangan Solar
Kami amat berbangga untuk berkolaborasi dengan Chiko Solar Technologies dan DEKS Industries Pty Ltd, dua buah syarikat berinovatif yang mengkhusus dalam penghasilan komponen pemasangan panel solar PV.
Produk-produk mereka telah menerima pensijilan TUV dan ISO 9001.
Produk-produk mereka telah menerima pensijilan TUV dan ISO 9001.
Chiko Solar menyediakan khidmat kepakaran yang terbaik dan hanya menggunakan bahan aluminium dan keluli yang bermutu tinggi serta tahan karat. Syarikat Chiko Solar sememangnya terkenal sebagai pengedar produk berkualiti di Eropah, Australia serta China, dan kini ingin menembusi pasaran di benua Asia Timur Selatan.
Sistem Pemasangan CHIKO adalah:
• Cepat dan kukuh
• Diperbuat daripada logam aloi aluminum dan keluli tahan karat yang bermutu tinggi
• Diuji dengan daya ketahanan melalui teori pengiraan mekanikal bagi menghasilkan produk yang berkualiti tinggi
• Diperbuat daripada logam aloi aluminum dan keluli tahan karat yang bermutu tinggi
• Diuji dengan daya ketahanan melalui teori pengiraan mekanikal bagi menghasilkan produk yang berkualiti tinggi
Panel Solar Jenis Polycrystalline
• ZDNY-P60 (250w)
Panel Solar Jenis Monocrystalline
• ZDNY (250w)
Panel Solar Jenis 'Thin Film'
• ASG100 - 100W Frameless Panel
Sistem Pemasangan Solar CHIKO
• Chiko Ballast System
• Chiko Corrugated Metal Roof Clamp
• Chiko C-Steel Mounting System
• Chiko Kliplok
• Chiko Roof Hooks and Clamps
• Chiko Triangle Mounting System
• Chiko V-Type Mounting System
Solar Inverter SolaX
• SolaX Solar Inverter - Single Phase
• SolaX Solar Inverter - Single Phase Dual MPPT
• SolaX Solar Inverter - Three Phase Dual MPPT
Crystalline Photovoltaic Technology
Bagaimanakah Sel Solar Crystalline Photovoltaic Berfungsi?
Sebuah sel solar dalam bentuk Crystalline secara amnya dihasilkan daripada silikon asas gred solar ataupun medikal(perubatan) gred solar. Ianya wujud dalam bentuk Polycrystalline (poly si) danMonocrystalline (c-si).
Sel Monocrystalline secara amnya dianggap lebih cekap daripada Sel Polycrystalline, namun dari segi keberkesanan pembuatannya iaitu berbentuk struktur silinder dan tidak dapat melitupi sebuah permukaan yang berbentuk segi empat. Ini menyebabkan ia memerlukan lebih banyak kuantiti bahan bagi setiap satu meter persegi.
Polycrystalline dahulunya dianggap kurang cekap daripada Monocrystalline. Ia adalah lebih cekap kerana mempunyai keupayaan untuk dibentuk kepada segi empat sekaligus melitupi permukaan empat segi dan mengurangkan pembaziran bahan silikon. Ini boleh mengurangkan kos pembuatan dan sekaligus meningkatkan keberkesanan pengeluaran.
Kedua-dua sel ini berfungsi atas prinsip penyerapan sinaran matahari bagi “menguja/menarik” elektron yang menghasilkan arus elektrik AT dan diubah kepada arus AU melalui penggunaan sebuah Grid Inverter atau Inverter Off Grid. Grid Inverter memastikan arus AU ini sepadan dengan rangkaian grid dan membolehkan penjanaan tenaga elektrik boleh dibaharui ini disalurkan kepada rangkaian grid pengguna yang lain.
Teknologi 'Thin Film'
Meskipun tahap kecekapan Teknologi PV 'Thin Film' adalah rendah, tetapi ia mampu menggunakan sinaran cahaya sekeliling untuk menjana kuasa elektrik. Berbanding dengan sel Crystalline yang mempunyai kecekapan 18%, sel-sel solar Thin Film hanya mempunyai tahap kecekapan semaksimum 16%.
Kelebihan Panel 'Thin Film':
1. Tidak memerlukan bahan yang banyak dan lebih murah;
2. Mampu menjana tenaga elektrik dengan sinaran suria yang rendah;
3. Boleh menjana tenaga elektrik dalam keadaan cuaca mendung.
2. Mampu menjana tenaga elektrik dengan sinaran suria yang rendah;
3. Boleh menjana tenaga elektrik dalam keadaan cuaca mendung.
Diperbuat daripada bahan Amorphous Silicon, Cadmium Telluride atau Cadmium Indium Gallium Selenide, 'Thin Film' ini dikilangkan dalam bentuk bergulung di mana bahan Photovoltaic disalutkan ke atas permukaan yang terdiri daripada bahan polimer. Melalui kaedah ini, 'Thin Film' menjadi lutsinar dan mempunyai beberapa lapisan berbeza supaya ianya dapat menyerap cahaya pada jarak gelombang yang berbeza.
Di Malaysia, kurang penggunaan Solar PV daripada jenis 'Thin Film'. Namun melalui peningkatan tahap kecekapannya, penggunaan teknologi 'Thin Film' kini semakin diterima pakai di pasaran antarabangsa, seperti di Amerika Syarikat dan Jepun. Ianya mempunyai reka bentuk yang estatik dan sangat sesuai bagi projek BIPV.
Kini kami berupaya untuk membekalkan Panel Solar PV jenis 'Thin Film'.
Apakah itu Pensijilan TUV?
Technischer Uberwachungs Verein (TUV) merupakan suatu persatuan organisasi-organisasi German yang mensijilkan produk-produk yang “tidak membahayakan manusia ataupun alam sekeliling”. Pensijilan ini menjamin keselamatan kepada pengguna dan alam sekitar.
Pensijilan TUV merupakan piawaian yang ditetapkan untuk memilih produk-produk yang akan digunakan di rumah ataupun pejabat anda. Kami juga sedang bekerjasama dengan badan-badan tempatan dan antarabangsa bagi memastikan kesemua reka bentuk sistem solar PV menerima pensijilan TUV.
Adakah Sistem Photovoltaic Selamat?
Sistem-sistem Solar PV kami adalah selamat digunakan sekiranya dipasang dengan cermat dan menggunakan komponen-komponen yang bermutu. Secara amnya, adalah disyorkan supaya Sistem Solar PV ini dinyah-aktifkan sebelum membuat sebarang kerja-kerja penyelenggaraan. Ini adalah penting untuk memastikan risiko kejutan elektrik dapat dielakkan. Sistem solar PV yang menggunakan kabel, pendawaian elektrik dan kekotak simpang (junction box) yang berkualiti rendah boleh mengakibatkan kebakaran.
Di NuSolar, kami hanya bekerjasama dengan pembekal yang menggunakan produk-produk yang menerimapensijilan terkini daripada TUV. Sila pastikan sijil panel solar anda sentiasa dikemaskini kerana kebanyakan pensijilan TUV hanya sah dalam tempoh 2 tahun. Seperti yang ditegaskan, kami menilai semua komponen penting dalam panel termasuk jenis-jenis polimer yang digunakan.
Kami menjalinkan kerjasama dengan syarikat Leoni, iaitu pembuat kabel dan wayar yang terkenal yang berpusat di Switzerland. Melalui Leoni kami dapat menjamin fungsi kabel yang digunakan dalam sistem adalah selamat selama 21 tahun, iaitu tempoh kontrak REPPA dengan TNB. Kabel-kabel ini dijamin selama 25 tahun dan diperbuat daripada bahan kalis api. Kami telah menguji kabel-kabel ini dan yakin bahawa kabel Leoni ini tidak akan gagal berfungsi.
Tidak Mempercayai Perjanjian REPPA bersama TNB?
Kami menjamin bahawa kontrak yang dimeterai dengan pihak TNB adalah terikat dengan perundangan. Ini bermakna tindakan perundangan boleh diambil sekiranya pihak pelanggan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan atau pihak TNB gagal melunaskan bayaran.
NuSolar juga mampu membuat sistem yang tidak disambungkan ke grid sekiranya pengguna ingin menggunakan kuasa yang dijananya sendiri. Sistem ini membolehkan bekalan kuasa daripada TNB diguna-pakai sekiranya pancaran matahari tidak dapat memberikan tenaga yang mencukupi untuk kegunaan rumah.
Mengapa Memilih Kuasa Solar?
Penjanaan tenaga elektrik daripada sinaran Matahari bukanlah suatu perkara yang baru. Malah panel solar telah berada di pasaran sejak 50 tahun yang lalu. Tahun 50an dan 60an adalah tahun pengeluaran awal teknologi panel solar, tetapi tidak mendapat sambutan meluas kerana banyaknya sumber minyak ketika itu terutama di kawasan timur tengah. Namum menjelang tahun 1970 masyarakat dunia mulai sedar akan kesan kebergantungan kepada minyak. Dalam era 80an dan 90an sumber-sumber minyak mula diperoleh secara paksaan atau melalui tawaran. Malah, ahli sains juga telah membuktikan punca utama perubahan cuaca dunia adalah daripada pencemaran udara CO2 yang terhasil daripada kegiatan manusia dan penggunaan bahan api fosil.
Mengekang Peningkatan Suhu dan Perubahan Cuaca
Paras suhu dunia akan semakin meningkat sekiranya kita meneruskan kegiatan pencemaran atmosfera melalui gas CO2. Peningkatan suhu ini akan menjurus kepada peningkatan kedalaman paras air laut dan menyebabkan perubahan cuaca yang ekstrim. Persatuan bangsa-bangsa bersatu telah menetapkan beberapa langkah bagi mengawal pengeluaran CO2 kerana fenomena ini semakin ketara.
Sumber Tenaga Yang Bersih
Tenaga yang dijana daripada Panel Solar Photovoltaic (PV) merupakan sumber tenaga yang bersih kerana ianya hanya mengunakan sinaran matahari bagi menghasilkan tenaga elektrik. Malaysia merupakan sebuah negara yang menerima banyak sinaran matahari disepanjang tahun, sebagai contoh Kawasan Lembah Kelang menerima sinaran matahari dengan kadar purata 3.5 jam sehari. Justeru itu, aplikasi sistem solar amat sesuai digunakan untuk menjana tenaga elektrik. Sebuah sistem berkuasa 4kW mampu menjana tenaga elektrik yang mencukupi untuk sebuah rumah bersaiz sederhana besar.
Siapa Yang Boleh Memohon Untuk FIT?
Sesiapa sahaja yang memiliki premis perumahan ataupun komersial boleh memohon FIT. Walaupun FIT tidak dapat dipohon oleh pemegang hakmilik strata, mereka masih boleh menggunakan 'Sistem Off Grid' bagi menggantikan sumber tenaga elektrik. NuSolar kini dapat membekalkan teknologi terkini penstoran tenaga menggunakan bateri bagi membantu pemilik hakmilik strata memiliki sistem solar sekaligus mengurangkan penggunaan bil elektrik TNB.
Harga Berpatutan Dengan Pulangan Pelaburan Yang Baik
Disebabkan pengeluaran panel-panel solar dari negara China kian meningkat, maka harga panel solar Photovoltaic telah menurun sejak dua tahun kebelakangan ini. Kini tiba masanya untuk memiliki satu sistem untuk bumbung anda. Tenaga elektrik solar adalah cara yang paling berkesan dan paling murah untuk menangani masalah perubahan cuaca. Pilihan anda pada hari ini akan dihargai oleh generasi akan datang. Sila hubungi kami untuk memasang sebuah sistem solar PV di atas bumbung anda.
TNB, 1MDB bina loji tenaga solar terbesar di Kedah
KUALA LUMPUR 14 April - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memeterai Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan 1MDB Solar Sdn. Bhd. (1MDB), melibatkan pembinaan loji janakuasa tenaga solar foto voltan (solar PV) dengan kapasiti 50 megawat (mw) terbesar di Kedah.
Menurut kenyataan TNB, perjanjian tersebut yang dimeterai pada Sabtu lalu, membolehkan 1MDB terlibat dalam mereka bentuk, membina, memiliki, menjalankan operasi dan menyelenggara loji tersebut yang merupakan projek perintis 50 mw Solar PV di Malaysia setakat ini.
Pembinaan loji tersebut sebagai salah satu insiatif untuk menyokong agenda kerajaan bagi membangunkan tenaga boleh baharu (RE) di Malaysia.
Menerusi PPA, syarikat terlibat dikehendaki untuk menjual dan membeli Pengeluaran Elektrik Bersih yang dijana oleh kemudahan tersebut dalam tempoh tidak melebihi 25 tahun, bergantung kepada terma dan syarat-syarat yang dipersetujui.
Secara dasarnya, pembangunan loji tersebut yang melibatkan keluasan 202.34 hektar dan dijangka menelan kos mencecah RM1 bilion itu juga merupakan loji tenaga bukan hidro RE terbesar di Malaysia.
Di bawah perjanjian itu, 1MDB dijangka menjadi pemegang saham utama sekali gus menjadikan ia sebagai permulaan bagi pembesaran projek loji janakuasa solar secara domestik pada masa hadapan.
Malah, kerjasama tersebut merupakan yang pertama dalam segmen tenaga solar dan sektor RE secara keseluruhannya.
Langkah itu dapat membantu Malaysia mencapai 2,080 mw RE atau 11 peratus daripada keseluruhan kapasiti menjelang tahun 2020. Buat masa ini, penggunaan RE mencapai 537.97 mw yang mana ia menyumbang dua peratus daripada sasaran ditetapkan.
Sebelum itu, pada 1 Mac lalu, Konsortium 1Malaysia Development Bhd.-Mitsui Co. Ltd. (1MDB-Mitsui) memenangi tender membina loji janakuasa berasaskan arang berkapasiti 2,000 mw bernilai kira-kira RM11 bilion.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140415/ko_01/TNB-1MDB-bina-loji-tenaga-solar-terbesar-di-Kedah#ixzz3uN4NE7jp
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment